Saturday, February 19, 2011

minggu saya :)

seperti biasa , minggu yang sangat padat dan meletihkan . sentiasa dalam keadaan sibuk . kesabaran juga sentiasa diuji . sekolah , kokurikulum , tuisyen , kawan , kesihatan . kerja rumah sentiasa dalam keadaan membukit dan menggunung walaupun sedaya upaya cuba untuk menarahnya tetapi tidak pernah kurang . tuisyen seperti biasa dan saya sangat menyukainya ^^' . semangat belajar hanya kunjung tiba ketika malam menjelma . ceewahh . mengenai kawad kaki pula terpaksa menarik diri pada peringkat awal . semuanya kerana terdapat pertandingan lebih penting yang perlu disertai pada hari sukan . hakikatnya saya lebih suka pertandingan tersebut dari kawad kaki ^^' . seperti biasa , akan berehat bersama kawan tersayang dan bercerita mengenai hal umum , masalah pengiraan , perangai manusia dan sebagainya . hahaha . lingkaran gelap bawah mata yang saya benci ! disebabkan lebih suka membuat kerja rumah pada waktu tengah malam dan tersangat penat , benda yang saya benci ini membuat penampilannya T______T . susah untuk saya tidur sebelum pukul 3 pagi okay . cukuplah bebelan untuk kali ini . selamat tinggal :)

No comments:

Post a Comment